Sejarah Lever Brothers

Bermula sebagai sebuah perniagaan pasar borong kecil oleh bapanya, William Lever (pada Jun 1917 menyandang gelaran The 1st Baron Leverhulme dan pada Disember 1922, menyandang gelaran The 1st Viscount Leverhulme) dan saudaranya, James kemudian menceburi perniagaan pengeluaran sabun pada tahun 1885 dengan membeli sebuah kilang sabun kecil di Warrington. Kedua-duanya kemudian bekerjasama dengan William Hough Watson, yang mencipta proses pengeluaran sabun baru, dengan menggunakan gliserin dan minyak sayuran, seperti minyak sawit, bukannya lemak haiwam.[1] Produk sabunnya tidak menimbulkan busa, dan awalnya dikenali sebagai Honey Soap, namun kemudian bertukar nama menjadi "Sunlight". Pengeluaran sabun lalu mencapai 450 tan setiap minggu pada tahun 1888. Kilang yang lebih besar lalu dibangun di paya di Bromborough Pool di Semenanjung Wirral, yang kini menjadi Port Sunlight,[2] bahagian dari Cheshire. Biarpun syarikat ini diberi nama Lever Brothers, saudara William Lever, James jarang sekali menguruskan syarikat ini secara langsung. Beliau kemudian jatuh sakit pada tahun 1895, kemungkinan akibat penyakit kencing manis, dan meninggalkan jawatannya sebagai pengarah pada tahun 1897.[3]

Lever Brothers memasuki pasaram Amerika Syarikat pada tahun 1895, dengan membuka sebuah pejabat jualan kecil di New York City. Pada tahun 1898, syarikat ini membeli syarikat pengeluar sabun kecil di Cambridge, Massachusetts, Curtis Davis Company. Lever Brothers lalu memindahkan ibu pejabatnya di Amerika Syarikat ke Cambridge, dan mulai beroperasi di kilang yang kini menjadi Technology Square. Sehingga 1929, Lever Brothers mempekerjakan 1.000 orang di Cambridge dan 1.400 orang di wilayah lain di Amerika Syarikat, sehingga menjadikannya pengeluar sabun terbesar ketiga di Ameika Syarikat.[4][lower-alpha 1]

Pada tahun 1925, Lever Brothers memperolehi Mac Fisheries, pemilik T. Wall & Sons.[5]

Kebajikan pekerja dan penggunaan buruh paksa

Lever Brothers dahulu merupakan salah satu daripada beberapa syarikat baru United Kingdom yang sangat menitik beratkan kebajikan pekerjanya.[6] Port Sunlight, yang kini menjadi sebahagian dari Cheshire, dibangunkan antara tahun 1888 dan 1914 di sebelah kilang sabunnya untuk menyediakan perumahan yang layak bagi kakitangan syarikat, dengan piawaian seni binanya yang tinggi dan sejumlah kemudahan umum. Walaupun begitu, pola yang dikembangkan di Port Sunlight tidak ditemui di anak syarikatnya yang berada di Congo Belgium, iaitu Huileries du Congo Belge (HCB), yang menggunakan tenaga buruh paksa mulai 1911 hingga 1945.[7][8][9]

Jenama

Sehingga 1900, jenama "Lifebuoy", "Lux", dan "Vim" telah wujud dan sejumlah anak syarikat juga telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Switzerland, Kanada, Australia, Jerman, dsb. Sehingga 1911, syarikat ini telah memiliki kebun kelapa sawit sendiri di Congo Belgium dan Kepulauan Solomon. Lever Brothers Ltd juga memperolehi pengeluar sabun lain, seperti A&F Pears, John Knight dari London,[10] Gossage's dari Widnes, Watson's dari Leeds, Crosfield's dari Warrington, Hazlehurst & Sons dari Runcorn, dan Hudson's dari Liverpool. Bandar Leverville (kini menjadi Lusanga) yang ditubuhkan di Daerah Kwango, yang kini menjadi sebahagian daripada Wilayah LĂ©opoldville, di bahagian baratCongo Belgium, dinamakan sempena William Lever (kemudian Viscount Leverhulme).[11]

Unilever

Pada September 1929, Unilever dibentuk melalui penggabungan operasi Margarine Unie dan Lever Brothers, dengan nama Unilever berasal dari portmanteau nama dua syarikat itu.[12] Sehingga 1930, Unilever mempekerjakan 250.000 orang dan merupakan syarikat terbesar di United Kingdom berdasarkan nilai pasarannya.[6] Unilever merupakan syarikat multinasional moden pertama.[6]

Nama Lever Brothers tetap digunakan selama beberapa saat sebagai cap, serta sebagai nama anak syarikatnya di Amerika Syarikat, Lever Brothers Company, dan anak syarikatnya di Kanada, Lever Brothers Limited. Lever Brothers kemudian dijual kepada Pensler Capital Corporation, dan bertukar namanya sebagai kelas Korex pada tahun 2008. Korex Don Valley meneruskan operasi kilang Lever Brothers di Toronto. Korex kini telah muflis dan bekas kilangnya di Toronto pun dibangunkan semula sebagai sebuah daerah pejabat dan industri oleh First Gulf Corporation.[13]

Rujukan

WikiPedia: Lever Brothers http://www.thepresidentpost.com/?p=2621 http://www.unilever.com/about/who-we-are/our-histo... http://www.hbs.edu/faculty/Publication%20Files/Acq... http://muse.jhu.edu/article/265076 http://isni.org/isni/0000000122964183 http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/651938.stm http://www.gracesguide.co.uk/John_Knight https://books.google.com/books?id=tSe8AAAAIAAJ&pg=... https://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9B... https://www.theglobeandmail.com/news/toronto/old-s...